KUCHING: Lebih banyak syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, usaha berkenaan yang dilaksanakan di seluruh negara memerlukan sumbangan daripada rakan strategik untuk bersama-sama meringankan beban komuniti asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.
"Kita menggalakkan syarikat (untuk terlibat)... sekiranya bekerjasama dengan kita, mereka juga boleh dapat pengecualian cukai, sama juga untuk NGO mereka juga boleh mohon pengecualian cukai.
"(Program kebajikan ini) bukan hanya untuk Ramadan tetapi ada juga beri barangan lain untuk membantu golongan asnaf seperti program 'Back To School' dan rakan strategik membantu kita menggantikan barangan di institusi kebajikan seperti tilam dan bantal baharu yang berjenama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sinar Kasih Ramadan YKN bersama Alliance Islamic Bank Berhad, di sini, pada Ahad.
Nancy berkata, baru-baru ini kementeriannya memberi sijil penghargaan kepada kira-kira 30 rakan strategik yang memberi sumbangan bagi melaksanakan projek kebajikan bersama YKN seperti agihan makanan dan keperluan harian.
Terdahulu, beliau menyantuni 100 anak asnaf dan OKU dari kawasan Demak Laut dan Pantai Damai serta membawa mereka membeli baju bagi menyambut perayaan Aidilfitri di pasar raya Mydin.
"Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama syarikat korporat melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat, khususnya dengan YKN dan Alliance Islamic Bank Berhad, yang telah menyumbang sejumlah RM35,000 bagi penajaan ini," katanya.
Menurut Nancy Alliance, Islamic Bank Berhad selaku penaja utama turut mengagihkan sumbangan bakul makanan. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024
Nancy (dua, kanan) bersama para penerima Program Sinar Kasih Ramadan anjuran YKN dengan kerjasama Alliance Islamic Bank di Pasaraya Mydin Petra Jaya, pada Ahad. - Gambar Bernama
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.
Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.
Ketua jabatan perlu sentiasa turun padang dengar keluh-kesah rakyat - Lukanisman
Program turun padang oleh ketua-ketua jabatan bagi mendengar keluh-kesah rakyat perlu terus dilaksanakan dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
LZS peruntuk RM33.4 juta bantuan persekolahan pelajar asnaf, miskin dan mualaf tahun ini
Sebanyak RM33.4 juta diperuntukkan bagi membiayai yuran dan bantuan kelengkapan peralatan persekolahan tahun ini, kepada 34,116 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin serta mualaf.
MAIPs peruntuk RM8.9 juta untuk bantuan persekolahan 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis peruntukkan RM8,920,800 bagi bantuan persekolahan 2024 kepada anak-anak golongan asnaf di seluruh Perlis.
Kutipan zakat Wilayah Persekutuan 2023 melebihi RM1 bilion
Kutipan keseluruhan zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun lepas meningkat 11 peratus kepada lebih RM1.03 bilion berbanding RM937 juta pada 2022.
Pengurusan Zakat Selangor bantu ramai asnaf, jadi contoh negara luar
Inovasi pengurusan kutipan dan agihan zakat di Selangor berjaya memberi manfaat kepada ramai umat Islam terutamanya golongan asnaf di negeri itu selain kini menjadi contoh kepada beberapa negara luar.